Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Sebanyak 65 dos pertama dan 881 dos kedua telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, yang masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama 83 peratus dan 62.9 peratus bagi dos kedua.
Dalam pada itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah sebanyak 71.4 peratus.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara itu pada siang media COVID di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.
Turut hadir pada sidang itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya mengo-ngsikan sebanyak 390 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 382 kes hasil ujian ART dan lapan kes adalah hasil dari 339 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu. Oleh itu, jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 151,950 kes.
“Tidak ada kes yang dika-tegorikan dalam kategori 5 manakala dua kes dalam ka-tegori 4 manakala 312 orang disahkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 148,922 kes.
“Kes aktif pula sebanyak 2,804 dengan 15 dirawat di hospital, manakala 2,789 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambahnya.