Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 juta pengguna media sosial di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 22 SEPT – Pandemik COVID-19 telah membawa amalan baharu secara dalam talian dalam kehidupan dan aktiviti masyakarat apabila Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau 86 peratus daripada penduduk negara ini.

    Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata statistik itu juga menunjukkan rakyat Malaysia antara yang paling aktif menggunakan media sosial dan bilangan pengguna meningkat sebanyak dua juta atau tujuh peratus dalam tempoh setahun dari 2020.

    Menurutnya peningkatan penggunaan media sosial adalah berikutan keadaan semasa negara berdepan pandemik COVID-19 yang menyebabkan masyarakat hanya duduk di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    “Penggunaan Internet sekarang semakin meningkat semenjak kita berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO),” katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Eksklusif: ‘Kuasa Media Sosial Perangkap Atau Pemangkin’ secara langsung menerusi laman Facebook KKMM, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda