Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 kanak-kanak terbunuh setiap hari di Gaza

    NEW YORK, 5 OGOS – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan bahawa purata 28 kanak-kanak terbunuh setiap hari di Gaza akibat pengeboman berterusan oleh Israel dan kebuluran yang telah berlarutan selama lebih 660 hari, lapor agensi berita dan maklumat Palestin (WAFA).

    Dalam satu hantaran di platform X, UNICEF berkata, “Kematian akibat pengeboman.

    Kematian akibat kekurangan zat makanan dan kebuluran. Kematian kerana kekurangan bantuan dan perkhidmatan penting. Di Gaza, purata 28 kanak-kanak setiap sehari bersamaan saiz sebuah bilik darjah telah terbunuh.”

    “Kanak-kanak Gaza memerlukan makanan, air, ubat-ubatan dan perlindungan. Paling utama, mereka memerlukan gencatan senjata, sekarang.” – Bernama

    Gambar menunjukkan seorang budak lelaki berdiri di sebelah khemah selepas pengeboman Israel di selatan Semenanjung Gaza pada 5 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda