Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 keluarga terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Sebagai pemedulian terhadap mereka yang ditimpa musibah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah menghulurkan sumbangan berjumlah $84,600 kepada 28 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran dan rumah roboh di beberapa buah kampung di seluruh negara.

    Majlis penyerahan sumbangan berkenaan telah diadakan hari ini di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan dan dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan.

    Majlis dimulakan dengan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyampaikan sumbangan kepada sebahagian mangsa kebakaran dan rumah roboh diikuti dengan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyampaikan sumbangan kepada sebahagian lagi mangsa kebakaran rumah.

    Mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran di Kampung Setia B ialah Hajah Sina binti Sudin, Awang Jambri bin Haji Ibrahim, Awang Mohd Firdaus bin Haji Abas, Hajah Besar binti Haji Omar, Awang Talib bin Haji Tuah, Dayang Suma binti Haji Saidin, Dayang Osnah binti Haji Saidin, Haji Mohammad bin Haji Saidin, Awang Mohd Wafiudden bin Zolikipi, Hajah Zamzam binti Tuba, Hajah Nurnabilah binti Haji Harun, Awang Zulkifli bin Haji Ibrahim, Hajah Fatimah binti Haji Saidin, Haji Masirman bin Mazlan, Awang Daud bin Haji Omar, Awang Iswandi bin Basri, Awang Amin bin Hasanan, Awang Mat Harni bin Mat Japar, Haji Amin bin Haji Metussin, Awang Mohd Zafrol Asheer bin Jamahat, Awang Asli bin Awang Daud, Pengiran Riza bin Pengiran Zaman, Awang Amzah bin Haji Omar, Awang Abdul Mukmin bin Amzah, Haji Tahir bin Haji Hussin, Haji Marshod bin Haji Md Rais dan Awang Jumahat bin Ajak.

    Manakala itu, penerima musibah rumah roboh di Kampung Peramu ialah Dayang Norlailla Siti Masturi @ Noor Jeffrina binti Jeffr Din.

    Turut hadir pada majlis ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa menghadiri majlis penyerahan sumbangan di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda