Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 maut, 15 cedera bas terjun gaung

    KATHMANDU, 12 OKT – Sekurang-kurangnya 28 orang mati hari ini di barat Nepal selepas sebuah bas tergelincir di jalan pergunungan dan jatuh ke dalam gaung, menurut pihak berkuasa.

    Kemalangan di kawasan pedalaman dan berceranggah daerah Mugu juga mengakibatkan 15 orang cedera, menurut pentadbir tempatan, Rom Bahaduri Mahat. “Kami masih sibuk mencari mayat di sekitar bas jatuh,” katanya. Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital.

    Bas yang bertolak dari bandar Nepalgunj hanya beberapa kilometer dari destinasi, bandar Gamgadhi di daerah Mugu apabila ia tergelincir dan terjun gaung. Tidak jelas jumlah orang dalam bas itu dan angka kematian mungkin meningkat, kata pegawai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda