28 maut letupan tangki minyak di Lubnan

BEIRUT, 15 OGOS – Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan hampir 80 lainnya cedera ketika sebuah tangki minyak meletup di utara Lubnan hari ini, kata pihak berkuasa dan perubatan di negara yang dilanda krisis itu.

Tragedi tersebut berlaku pada waktu malam membebankan kemudahan perubatan dan membawa penderitaan baharu kepada sebuah negara yang telah dilanda krisis ekonomi dan kekurangan bahan bakar ditambah dengan hospital-hospital lumpuh serta bekalan tenaga terputus bagi tempoh yang panjang.

Kejadian tersebut mengingatkan kembali kenangan pahit tragedi letupan besar di pelabuhan Beirut pada Ogos tahun lalu yang mengorbankan lebih dari 200 orang dan memusnahkan kawasan ibu kota berkenaan.

Seorang penasihat kementerian kesihatan mengatakan jumlah kematian akibat letupan di Kampung Al-Tleil, wilayah utara terpencil di Akkar, telah meningkat kepada 28 orang, sementara pasukan Palang Merah Lubnan sebelumnya memberitahu jumlah yang cedera seramai 79 orang.

Pihak tentera mengatakan sebuah tangki minyak ‘telah dirampas oleh tentera untuk diagihkan kepada penduduk’ meletup tepat sebelum jam 2 pagi, menyebabkan tentera antara mereka yang cedera. – AFP

Sebuah kenderaan terbakar berhampiran dengan kawasan tangki minyak yang meletup, di Kampung Tleil wilayah utara Akkar, Lubnan, semalam. – AFP