Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 murid diraikan dalam majlis khatam

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Seramai 28 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama Haji Mohd Jaafar Maun, Kiulap telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung di Dewan Serba Guna, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiulap, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

    Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan khatam daripada Surah Ad-Duha hingga Surah Al-Lahab oleh para peserta dan diikuti dengan bacaan takhtim oleh penuntut-penuntut perempuan Darjah 4 dan 5 serta Doa Khatam yang dibacakan oleh peserta khatam, Awang Mohd Ra’uf bin Haji Mohd Rosli.

    Yang Berhormat Awang Iswandy yang hadir selaku tetamu kehormat majlis.
    Yang Berhormat Awang Iswandy yang hadir selaku tetamu kehormat majlis.
    Murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Haji Mohd Jaafar Maun yang diraikan pada majlis itu.
    Murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Haji Mohd Jaafar Maun yang diraikan pada majlis itu.

    Kemudian, majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban oleh penuntut-penuntut lelaki Darjah 4 dan 5.

    Majlis turut menyaksikan acara merenjis minyak wangi serta penyampaian sijil kepada para peserta khatam.

    Majlis khatam ini adalah bertujuan untuk menggalakkan murid-murid agar sentiasa mendampingi Al-Quran melalui pembacaan dan penghayatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda