Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 pegawai kanan Brunei tamat Program Kepimpinan Eksekutif

    DUBAI, 12 FEB – Seramai 28 pegawai kanan kerajaan Brunei telah menamatkan Program Kepimpinan Eksekutif di bawah Program Pertukaran Pengalaman Kerajaan (GEEP) dan Program Kepimpinan Kerajaan Global (GGLP) yang dijalankan dengan kerjasama Pejabat Pertukaran Pengalaman Kerajaan (GEEO), Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

    Program yang berlangsung secara hibrid sejak Oktober 2024 hingga 24 Februari itu bertujuan memperkasa kepimpinan eksekutif serta pertukaran pengalaman dalam tadbir urus kerajaan.

    Majlis pengijazahan program itu turut disertai oleh Naib Presiden, Perdana Menteri, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan UAE, His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum

    Sebagai sebahagian daripada GGLP, program itu juga melibatkan penyertaan 244 pemimpin kerajaan dari 33 negara di seluruh dunia yang mengikuti 11 program antarabangsa dalam inisiatif kepimpinan dan pembangunan kapasiti di bawah GEEO.

    Selain itu, pegawai-pegawai berkenaan turut menghadiri World Government Summit yang berlangsung pada 11 hingga 13 Februari di Dubai, yang menghimpunkan pemimpin global bagi membincangkan inovasi dalam pentadbiran kerajaan.

    Gambar ramai pegawai kanan dan pemimpin kerajaan semasa Program Kepimpinan Eksekutif baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN IPA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda