Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 pelajar tamat Tamhid Al-Quran dirai

    Oleh Normazlina M.D

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Seramai 28 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan pelajaran Tamhid Al-Quran di A.BA.TSA International Quranic Learning Centre telah diraikan pada majlis konvokesyen yang diadakan di Ceri Cafe, Kiulap, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil ialah Dayang Sukmawati Dewi binti Masduki selaku wakil pengasas Pusat Neuro Nadi Al-Quran di Brunei Darussalam.

    Setelah menamatkan pelajaran Tamhid Al Quran, pelajar-pelajar berkenaan akan meneruskan pelajaran Tajwid.

    Dalam kursus selama tiga bulan itu, para peserta telah diperkenalkan kepada 366 bunyi huruf hijaziyyah. Teknik pembelajaran ini membantu penuntut untuk lebih mengenali huruf-huruf dalam Al-Quran supaya lebih cepat dan mudah untuk mengaji kitab Al-Quran.

    Gambar ramai pelajar yang telah berjaya menamatkan pelajaran Tamhid Al-Quran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda