Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 remaja belajar kemahiran asas kepimpinan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Bersempena dengan Hari Belia Kebangsaan ke-20 2025 dan inisiatif Next20 Movement, Kem Kepimpinan LeadHer telah dilancarkan di Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Belait, kelmarin.

    Kem tersebut merupakan inisiatif Generasi Bekarih dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Belait.

    Seramai 28 orang peserta perempuan berusia di antara 15 hingga 19 tahun dari Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait telah menyertai kem tersebut.

    LeadHer diadakan bertujuan untuk melahirkan pemimpin wanita dengan memperkasa serta mengajar mereka kemahiran dan pengetahuan mengenai kepimpinan yang diperlukan untuk perkembangan dan pembangunan diri. Program tersebut merangkumi sesi interaktif, perkongsian dan aktiviti yang bertemakan penemuan diri, kepimpinan, penetapan matlamat, pengurusan kesihatan mental, literasi digital dan kewangan, seni dan budaya serta kesukarelawanan.

    Selain itu, para peserta juga berpeluang meneroka kemahiran baharu serta aktiviti yang membantu mereka mengenali minat dan keupayaan mereka sendiri.

    Pelajar semasa menghadiri Kem Kepimpinan LeadHer di Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Belait, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN GENERASI BEKARIH
    Antara aktiviti yang dianjurkan semasa kem tersebut. – GAMBAR SERAHAN GENERASI BEKARIH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda