Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 29 DIS – Dalam usaha membantu menambah bekalan stok darah, seramai 28 orang telah me-nyertai kempen derma darah anjuran Advansse Distribution Sdn Bhd, Boeffi International Sdn Bhd dan Cuckoo International Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), di Cawangan Daerah Belait di Pandan 4, hari ini.
Penderma darah telah menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan selain berpeluang menyertai cabutan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik semasa kempen tersebut.