Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 sertai peraduan mewarna

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Seramai 28 kanak-kanak telah mempamerkan kemahiran kreatif mereka dalam peraduan mewarna yang dianjurkan oleh First Emporium dan Supermarket, Madang sempena pelancaran produk Meiji baru-baru ini.

    Untuk Kategori A (kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun), tempat pertama dimenangi oleh Awang Muhammad Aisy Firas bin Muhammad Firdaus, diikuti oleh Awang Uwais Abdul di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh Awang Muhammad Ainuddin Syahmi bin Noorhazman.

    Sementara itu, bagi Kategori B (kanak-kanak yang berumur enam hingga sembilan tahun), Dayang Aryana Raeesa Az-Zulaikha binti Hairozamney telah meraih tempat pertama, manakala Dayang Siti Hanan Irdhina binti Abdullah mendapat tempat kedua dan Tristan Ang meraih tempat ketiga.

    Seterusnya, untuk Kategori C (kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun), pemenang tempat pertama jatuh kepada Awang Ahmad Syakiren Danish bin Mohd Noor Azmin, diikuti oleh Nor Qahiratul Ariff binti Mohd Ariffin yang menduduki tempat kedua dan Aisyah Ahmad Firdaus yang memenangi tempat ketiga.

    Peraduan mewarna tersebut telah menyaksikan penyertaan 28 orang kanak-kanak. – GAMBAR SERAHAN FIRST EMPORIUM DAN SUPERMARKET
    GAMBAR SERAHAN FIRST EMPORIUM DAN SUPERMARKET
    GAMBAR SERAHAN FIRST EMPORIUM DAN SUPERMARKET

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda