Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    28,120 pelarian masuk Armenia

    YEREVAN, 27 SEPT – Jumlah penduduk yang melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas Azerbaijan melancarkan operasi ketenteraan di wilayah itu telah meningkat kepada 28,120 orang, menurut kerajaan Armenia kelmarin.

    “Sehingga 26 September, 8 malam (waktu tempatan), 28,120 orang telah memasuki Armenia dari Nagorno-Karabakh. Daripada jumlah ini, maklumat pendaftaran untuk 20,800 telah dipermudahkan, dan penilaian keperluan sebanyak 7,320 masih dalam proses,” menurut kerajaan dalam satu kenyataan menerusi laman sesawangnya.

    Pihak berkuasa turut menyediakan penginapan kepada mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan seramai 3,253 orang telah ditempatkan, menurut kenyataan itu.

    Pada 19 September, Azerbaijan melancarkan ‘aktiviti anti-pengganas peringkat tempatan’ di Nagorno-Karabakh bertujuan untuk ‘memulihkan ketertiban perlembagaan’.

    Media kerajaan Armenia melaporkan beberapa kematian membabitkan orang awam akibat serangan Azerbaijan. – Bernama

    Antara kumpulan pertama pelarian yang tiba di Armenia dari Nagorno-Karabakh beratur di barisan menunggu untuk mendaftar masuk sementara ke sebuah hotel di Goris, bandar di wilayah Syunik, Armenia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...