Wednesday, October 2, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    282 pelajar terima sijil SSSRU

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Buat julung kalinya, sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang murid-murid dalam bidang akademik, seramai 282 orang pelajar termasuk lapan berkeperluan khas menerima sijil di Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah 6 Tahun 1445H/2023M bagi Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei 1.

    Majlis tersebut berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop petang tadi. Hadir selaku tetamu khas ialah Ketua Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Azman bin Haji Jaya, yang turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada murid-murid yang diraikan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah oleh Awang Mohd Halidi bin Haji Basar. Diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Daerah Brunei 1, Awang Azmerul bin Haji Haris.

    Majlis itu bertujuan menghargai usaha gigih murid-murid, sokongan ibu bapa, serta dedikasi guru-guru dalam memastikan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.

    Di samping itu, ia juga mengiktiraf peranan penting pihak sekolah dalam membantu murid-murid mencapai kejayaan.

    Salah seorang pelajar menerima SSSRU daripada Awang Azman. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda