Thursday, July 17, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    283 warga Kem. Pendidikan terima pingat

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan, hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun bagi penerima tahun 2024 khusus kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis penyampaian PKL kepada 283 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan, termasuk tenaga pengajar dari sekolah-sekolah serta institusi-institusi pengajian tinggi itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Khas Kesihatan dan Kesejahteraan yang dipimpin oleh Pegawai Pelajaran Kanan, Unit Audit Dalaman, Kementerian Pendidikan, Haji Rozaidi bin Haji Mohammad Daud dan diikuti dengan sesi penyampaian PKL kepada para penerima.

    Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, diikuti dengan Doa Kesyukuran sempena kepulangan para jemaah haji Kementerian Pendidikan.

    Pengurniaan PKL ini adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas jasa dan sumbangan kerja yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan para penerima pingat.

    Turut hadir semasa majlis hari ini ialah setiausaha-setiausaha tetap, naib-naib canselor, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

    Pengurniaan pingat berkenaan juga merupakan satu dorongan motivasi dan penyuntik semangat khususnya kepada warga Kementerian Pendidikan agar sentiasa memberikan kualiti kerja yang bermutu tinggi dan mencapai prestasi yang cemerlang secara berterusan.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah semasa menyampaikan PKL kepada para penerima pada majlis petang kelmarin. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda