Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    283kg sayap, tongkeng ayam berjaya dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Sebanyak 283.68 kilogram sayap dan tongkeng ayam berjaya dirampas dalam satu operasi bersepadu yang telah dijalankan oleh oleh pegawai-pegawai penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syar’iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Daerah Belait pada 11 Jun lalu, kira-kira jam 9:45 pagi bertempat di sebuah perusahaan di Daerah Tutong.

    Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Daerah Belait untuk siasatan dan tindakan undang-undang mengenainya.

    Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin mengingatkan kepada orang ramai bahawa membawa masuk daging mentah ke Negara Brunei Darussalam hendaklah mempunyai Permit Import Halal daripada Majlis Ugama Islam, di samping memenuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan oleh agensi-agensi lain berkaitan pengimportan daging halal.

    Perkara tersebut adalah mustahak dan perlu dipatuhi agar daging yang dibawa masuk dan dijual di Negara ini khususnya kepada orang Islam adalah terjamin kehalalannya.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat berhubung perkara tersebut dan bagi orang ramai yang ingin membuat pengaduan serta perkongsian maklumat mengenai sebarang pelanggaran undang-undang melibatkan daging halal bolehlah dibuat terus ke Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal dengan menghubungi talian hotline 7166222 atau hadir ke mana-mana pejabat Bahagian Kawalan Makanan Halal di setiap daerah.

    Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syar’iah bersama-sama agensi penguatkuasaan lain akan sentiasa meningkatkan rondaan dan operasi bagi memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan di Negara ini sentiasa dipatuhi.

    Antara sayap dan tongkeng ayam yang berjaya dirampas dalam operasi bersepadu yang diadakan pada 11 Jun lalu. – Gambar serahan Jabatan Hal Ehwal Syar’iah
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda