Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    29 ikan paus ditemui mati terdampar

    WELLINGTON, 18 MAC – Lebih dua dozen ikan paus mati terdampar di pantai New Zealand yang terkenal dengan perangkap maut untuk haiwan gergasi laut itu, menurut renjer hidupan liar hari ini.

    Jabatan Pemuliharaan berkata 29 ikan paus spesies pilot telah pun mati apabila sekumpulan 34 haiwan laut itu ditemui di pulau terpencil Farewell Spit lewat semalam.

    Jurucakap Jabatan Dave Winterburn berkata renjer sedang memberikan penjagaan kepada lima ikan paus yang masih hidup tetapi mendapati ‘ikan paus berkenaan telah terkandas tanpa air untuk seketika.’

    “Sementara ia merupakan peristiwa malang, ikan paus yang terkandas merupakan satu fenomena semula jadi,” katanya.

    “Punca kejadian masih tidak diketahui.” Farewell Spit, beting pasir sepanjang 26 kilometer yang menganjur keluar ke laut, telah menjadi tempat berlakunya lebih 10 ikan paus pilot terkandas sejak 15 tahun lalu.

    Peristiwa terbesar berlaku pada Februari 2017, apabila hampir 700 haiwan mamalia itu terdampar di pantai, membawa kepada 250 kematian.

    Saintis masih tidak jelas sebab-sebab pantai berkenaan amat berbahaya, Satu teori yang timbul ialah beting pasir itu mewujudkan dasar laut yang cetek yang mengganggu sistem pergerakan sonar ikan paus.

    Ikan paus pilot, spesies paling umum ikan paus di perairan New Zealand, mudah terdedah kepada kejadian dampar besar-besaran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...