DHAKA, BANGLADESH, 3 MEI – Sekurang-kurangnya 29 pelarian Rohingya dari sebuah bot nelayan yang hanyut di Teluk Bengal selama beberapa minggu telah mendarat di sebuah pulau di selatan Bangladesh, kata pegawai hari ini.
Pelarian, termasuk 15 wanita dan enam kanak-kanak, mendarat di pulau Bhasan Char semalam dan dipercayai berasal dari salah sebuah bot yang terkandas di laut, kata Tonmoy Das, ketua pegawai kerajaan tempatan di daerah Noakhali.
Das berkata makanan, doktor dan 10 anggota polis telah dihantar ke pulau itu untuk membantu pelarian. – AP