Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 8 MAC – Seramai 29 orang orang telah menyertai kempen derma darah anjuran ExcelTech Solutions Sdn Bhd (ETSSB) dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait, bertempat di pejabat utama ETSSB, Jalan Pangsa, Seria hari ini.
Kempen derma darah itu adalah sebahagian daripada komitmen syarikat terhadap Pelan HSSE untuk mewujudkan kesedaran kesihatan dan menyumbang kepada masyarakat dalam usaha menyelamatkan nyawa melalui tindakan kolektif.
Hadir untuk menyelia kempen itu ialah Eksekutif Kanan Sumber Manusia, Kathrine Leong dan Pengurus, Kumaresan.
Sebagai tanda penghargaan, Kumaresan telah menyampaikan hamper kepada wakil Tabung Darah Hospital SSB, Kuala Belait pada akhir kempen.


