Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI- Seramai 290 warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima Pingat Kerja Lama (PKL) dalam satu majlis sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78 bagi tahun 2024, pada majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis, hari ini.
Penyampaian pingat telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap jasa dan khidmat bakti berterusan para penerima dalam menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan awam serta kemajuan negara.
Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.