Monday, July 14, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    2DS XL Baru lebih baik

    NINTENDO telah mengumumkan New 2DS XL yang diperbaiki daripada yang original dengan reka bentuk boleh lipat dan skrin 82 peratus lebih besar. Ia juga mempunyai input-input tambahan dengan ‘C Stick’ di depan dan ‘ZL Button’ serta ‘ZR Button’ di belakang.

    Seperti yang dicadangkan namanya, pengguna akan dapat bermain seluruh senarai 3DS dalam 2D.

    Pada 260 gram, New Nintendo 2DS XL ini juga lebih ringan daripada New Nintendo 3DS XL pada 329 gram. Ia juga mempunyai fungsi sokongan NFC terbina dalam lagi kad-kad dan figura Amiibo. Di Jepun, pengguna juga boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran di kedai-kedai tertentu.

    Peranti pegang tangan terbaru Nintendo ini akan terdapat dalam warna hitam-firus, selain itu, syarikat Jepun berkenaan juga menghasilkan varian putih-jingga yang hanya boleh didapati di rantau tertentu.

    Nintendo berkata, New 2DS XL ini bertujuan untuk memberi pelanggan pilihan peranti pegangan tangan ketiga yang sesuai dari segi harga dan ciri-cirinya di antara 2DS dan New 3DS XL. New 2DS XL akan memasuki pasaran Amerika Syarikat pada harga AS$149.99, Kanada CAD199.95, AUD199.95 di Australia dan New Zealand serta JPY14,980 di Jepun.

    Dalam pada itu, Nintendo juga akan mengeluarkan permainan-permainan baru bagi keluarga 3DS pada hari pelancaran konsol berkenaan, iaitu Hey! Pikmin dan Miitopia.

    New Nintendo 2DS XL akan memasuki pasaran Australia dan New Zealand terlebih dahulu pada 15 Jun, kemudian Japan pada 13 Julai dan AS serta Kanada pada 28 Julai.

    New Nintendo 2DS XL yang baru diumumkan adalah lebih ringgan, mempunyai skrin lebih besar dan tambahan input-input baru di depan dan belakang.
    New Nintendo 2DS XL yang baru diumumkan adalah lebih ringgan, mempunyai skrin lebih besar dan tambahan input-input baru di depan dan belakang.

    M06-2_20170429

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda