Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    3.5 juta unit Nintendo Switch 2 dijual dalam 4 hari pertama

    TOKYO, 11 JUN- Nintendo umumkan ia telah mencatat rekod baharu apabila menjual 3.5 juta unit Switch 2 di seluruh dunia dalam masa empat hari pertama selepas konsol itu dilancarkan.

    “Ini adalah tahap jualan global tertinggi untuk mana-mana perkakasan Nintendo dalam tempoh empat hari pertama jualannya,” menurut kenyataan daripada syarikat gergasi permainan video Jepun tersebut.

    Dengan skrin yang lebih besar dan lebih banyak kuasa pemprosesan, Switch 2 ialah peningkatan kepada konsol Switch Nintendo terdahulu yang cukup laris.

    Ia dilancarkan pada Khamis lalu di samping keterujaan peminat global termasuk jualan pra-pesanan yang telah habis dan juga pembukaan kedai tengah malam.

    Sejak pelancarannya pada 2017, konsol Switch terdahulu telah menikmati peningkatan jualan dan populariti yang tinggi semasa pandemik dengan permainan seperti Animal Crossing, mencatat jualan 152 juta unit.

    Itu menjadikannya konsol ketiga terlaris sepanjang masa.

    Penganalisis meramalkan minggu lalu bahawa Nintendo boleh mencatatkan rekod jualan awal dengan Switch 2 tetapi masih belum pasti sama ada ia boleh menyamai prestasi konsol terdahulunya. – AFP

    Seorang pelanggan Perancis yang tinggal di Tokyo tersenyum menunjukkan Nintendo Switch 2 yang baru dibeli pada 5 Jun. 3.5 juta unit Switch 2 dijual di seluruh dunia. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda