Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Skip Junaidi bin Hussin secara rasmi menerima waran pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Brunei Darussalam, manakala Skip Ritchie Siabu menerima waran pelantikan sebagai Pesuruhjaya Antarabangsa Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam dalam Majlis Penyampaian Waran dan Surat Lantikan yang berlangsung baru-baru ini di Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Kompleks Pengakap, Gadong.
Turut menerima surat lantikan adalah Skip Rostini binti Major (B) Haji Suhaili sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam yang menjadikannya wanita pertama menyandang jawatan tersebut dalam sejarah persekutuan.
Majlis penyampaian waran dan surat lantikan ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Haji Idris bin Haji Abas.
Dengan pelantikan berkenaan, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam terus komited dalam memperkukuhkan peranannya dalam pembangunan belia dan memperluaskan jaringan pengakap di peringkat antarabangsa.