RIYADH, 13 DIS – Satu kebakaran meletus di sebuah penjara Arab Saudi di sini hari ini, mengorbankan tiga banduan dan mencederakan 21 lain, lapor media negara itu.
Tahanan kemudian dipin-dahkan dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital selepas kebakaran berlaku awal pagi di penjara Al-Malaz, kata pihak berkuasa penjara dalam kenyataan dikeluarkan Agensi Berita Saudi (SPA). Kenyataan berkata anggota bomba dengan bantuan pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran dan menghalangnya daripada merebak. “Akibat kebakaran, tiga kematian berlaku manakala 21 lagi cedera,” katanya namun tidak menyebut punca kebakaran dan siasatan sudah dilancarkan. – AFP