Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 doktor ditahan SPRM, KKM sedia beri kerjasama penuh

    PUTRAJAYA, 4 SEPT – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap tiga doktor kanan yang ditahan agensi penguat kuasa itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

    KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya mengambil maklum akan penahanan tiga doktor kanan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kartel yang memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

    “KKM sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung penahanan tiga doktor awam berkenaan. 

    “Di samping itu, kementerian ini ingin menegaskan bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh warga KKM serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap yang terbaik,” kata kenyataan itu.

    Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta antara 32 individu yang ditahan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel yang dikatakan telah memalsukan tuntutan hilang upaya PERKESO di negeri itu.- Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda