Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 firma bergabung bangunkan projek ‘sky train’ di Sabah

    KOTA KINABALU, 16 APRIL – Tiga syarikat termasuk sebuah syarikat antarabangsa berminat untuk bergabung bagi membangunkan projek ‘sky train’ di Sabah dalam usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam di negeri  itu.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata tiga syarikat berkenaan ialah Guancai (M) Sdn Bhd, China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd dan Vizione Development Sdn Bhd.

    “Memang ada beberapa pelabur tempatan dan luar negara seperti dari negara China yang menyatakan minat untuk membangunkan projek ini secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

    Bung Moktar yang juga menteri kerja raya Sabah bagaimanapun meminta syarikat berkenaan agar mengadakan perbincangan dengan lebih terperinci bersama agensi kerajaan yang terlibat, khususnya apabila membabitkan isu pengambilan tanah sebelum cadangan itu dibawa ke kabinet negeri untuk dibincangkan.

    Menurutnya, melalui pembinaan ‘sky train’ itu ia akan menjadi tarikan baharu kepada industri pelancongan di Sabah dan pada masa yang sama dapat menarik lebih banyak pelabur masuk ke negeri tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda