3 gempa bumi di luar pesisir Iran

TEHRAN, 15 JUN – Tiga kejadian gempa bumi berlaku di pulau selatan Kish, Iran, hari ini, menggegarkan Dubai dan kawasan lainnya di seluruh Teluk Parsi.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata dua gempa berukuran 4.7 magnitud berlaku dan disusuli dengan satu lagi gempa sekuat 5.3 magnitud di luar pulau berhampiran Selat Hormuz.

Penyiar televisyen Iran melaporkan bahawa pihak berkuasa mengerahkan pasukan penyelamat ke bandar Jenah di wilayah Hormozgan, namun tiada kerosakan dan korban jiwa dilaporkan. Jenah terletak kira-kira 1,080km dari selatan ibu kota Tehran.– AP