Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    3 hilang dalam kebakaran hutan di Colorado

    SUPERIOR, AMERIKA SYARIKAT, 2 JAN – Tiga orang dilaporkan hilang selepas kebakaran hutan melanda beberapa bandar Colorado, dengan pantas memusnahkan hampir 1,000 rumah, sebahagian daripada bencana alam terbaharu di Amerika Syarikat (AS).

    “Kami sangat bernasib baik kerana kami tidak mempunyai senarai 100 orang yang hilang. Tetapi malangnya kami mempunyai tiga orang yang disahkan hilang,” beritahu Syerif Daerah Boulder, Joe Pelle pada sidang akhbar.

    Sekurang-kurangnya 991 rumah dipercayai musnah ketika kebakaran melanda bandar Superior dan Louisville pada Khamis lalu, tepat di luar bandar terbesar di negeri itu, Denver, memaksa berpuluh-puluh ribu orang melarikan diri tanpa sebarang amaran.

    Rakaman daripada udara yang mengejutkan menunjukkan seluruh jalanan sebagai timbunan abu yang berasap, kemusnahan yang kelihatan hampir keseluruhan tetapi entah bagaimana menyebabkan beberapa rumah tidak terkesan oleh kebakaran tersebut.

    Pelle berkata usaha mencari mangsa yang hilang telah terhalang oleh kemusnahan dan salji.

    Seramai tiga orang hilang selepas kebakaran hutan melanda beberapa bandar Colorado, dengan cepat memusnahkan hampir 1,000 rumah sebagai sebahagian daripada bencana alam terbaharu di AS. – AFP

    “Bangunan di mana orang-orang ini akan berada musnah sepenuhnya dan dilitupi salji kira-kira lapan inci sekarang.”

    Penyiasat tidak menemui bukti yang boleh dipercayai untuk menyokong laporan awal bahawa talian elektrik terputus mungkin menyebabkan kebakaran, dengan Pelle menyatakan bahawa sesetengah penduduk mungkin keliru dengan talian telekom yang terputus.

    Walau bagaimanapun, penyiasat telah “melaksanakan waran geledah di satu lokasi tertentu” sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan yang disifatkan Pelle sebagai ‘sangat aktif’ dan terdiri daripada rakan kongsi persekutuan dan negeri.

    Kebakaran, yang dicetuskan dalam landskap kering, kemudian ditiup oleh angin kencang dengan kelajuan lebih 100 batu sejam pada Khamis lalu.

    “Ini adalah bencana yang bergreak pantas, dalam tempoh setengah hari. Ramai keluarga mempunyai masa beberapa minit untuk mendapatkan apa sahaja yang mereka boleh bawa ke dalam kereta dan pergi,” kata Gabenor, Jared Polis, “seperti dalam sekelip mata.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...