DALIAN, 6 Nov – Tiga orang hilang selepas bot nelayan terbalik pada malam Ahad di perairan Dalian di timur laut China, kata pihak berkuasa tempatan pada Isnin.
Pusat mencari dan menyelamat maritim Dalian menerima laporan pada kira-kira pukul 10 pagi yang mengatakan bahawa bot nelayan telah terbalik.
Sepuluh orang terjatuh di dalam air dan tujuh daripadanya telah diselamatkan oleh sebuah bot yang melalui di kawasan itu. Tiga lagi masih hilang, kata pusat itu.
Pusat mencari dan menyelamat telah menghantar kapal penyelamat dan helikopter ke tempat kejadian dan meminta kapal-kapal berdekatan untuk menyertai pencarian. – Xinhua