Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 individu ditahan miliki barang tegahan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Seramai tiga orang iaitu dua orang lelaki warga tempatan dan seorang perempuan warga asing yang berumur lingkungan 23 tahun hingga 35 tahun telah ditahan dalam gerakan operasi yang dijalankan Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) di Kawasan Serasa, Muara pada 10 Ogos lalu, atas kesalahan memiliki barang tegahan Kastam.

    Barang-barang yang telah berjaya ditahan ialah 200 katon dan 30 batang rokok pelbagai jenis, 24 botol minuman keras serta 3 buah kereta yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan.

    – Gambar serahan JKED

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda