Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 jururawat dirempuh kereta, seorang cedera parah

    PHILADELPHIA, 13 OKT – Sebuah kenderaan yang melarikan diri dari hospital Philadelphia selepas menurunkan mangsa tembakan pada awal Sabtu telah melanggar tiga jururawat yang cuba merawat pesakit itu, dengan seorang cedera parah, kata pihak berkuasa.

    Jeep Cherokee berwarna perak itu baharu sahaja menurunkan lelaki itu di kawasan ambulans di Hospital Penn Presbyterian kira-kira jam 4:30 pagi Sabtu sebelum melanggar tiga jururawat lelaki semasa melarikan diri, kata polis.

    Seorang jururawat berusia 36 tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal dengan kecederaan pada muka dan pendarahan dalaman. Manakala seorang jururawat berusia 37 tahun mengalami kecederaan kepala dan seorang jururawat berusia 51 tahun mengalami kecederaan di kepala dan belakang, kedua-duanya dilaporkan dalam keadaan stabil, kata polis.

    Mangsa tembakan berusia 28 tahun tiba dengan beberapa luka tembakan dan mungkin mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian langgar lari itu, kata polis. – AP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda