Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 kakitangan Indera Motors diiktiraf sebagai juruteknik JLR Tahap 3

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Indera Motors Sdn Bhd, peruncit tunggal kenderaan Jaguar Land Rover (JLR) yang sah di Brunei, me-ngumumkan mengenai pencapaian jurutekniknya yang telah berjaya menamatkan Penilaian Juruteknik JLR Tahap 3, baru-baru ini.

    Akreditasi Mahdi Ghaffar, Aziman Mat Usop dan Amirnurrashid Norhani berkenaan menjadikan jumlah juruteknik Tahap 3 yang diperakui JLR kepada empat, mempamerkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap pertumbuhan profesional, kepakaran dan penetapan piawaian industri tertinggi.

    Selanjutnya, ia menunjukkan kesediaan Indera Motors dalam menangani landskap automotif yang sedang berkembang dengan pensijilan yang baharu.

    Dalam meraikan pencapaian tersebut, Indera Motors mengulangi pelaburan berterusannya dalam pembangunan profesional pasukannya. Syarikat itu tetap berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan memastikan jurutekniknya dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam dunia dinamik kenderaan JLR.

    Pengurus Besar Indera Motors, Alfred Yong melahirkan rasa bangganya dengan pencapaian tersebut, dengan menyatakan, “Kejayaan mereka adalah bukti komitmen kami terhadap kecemerlangan dan penambahbaikan berterusan. Semasa kami meraikan kejayaan ini, kami juga berharap untuk meningkatkan lagi standard perkhidmatan kami dan mengekalkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri runcit automotif mewah.”

    Indera Motors terus memupuk budaya pembelajaran dan pembangunan, dengan kakitangan lain kini dalam laluan untuk mencapai akreditasi Juruteknik Bertauliah JLR mereka.

    Tiga juruteknik Indera Motors yang berjaya menamatkan Penilaian Juruteknik JLR Tahap 3. – GAMBAR SERAHAN INDERA MOTORS SDN BHD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda