SAN JUAN, 28 MEI – Petir menyambar sebuah pantai di bandar pantai utara Isabela semasa cuaca buruk kelmarin, mencederakan tiga kanak-kanak, seorang parah, kata polis Puerto Rico.
Kanak-kanak itu, yang berumur antara 7 hingga 12 tahun, dibawa ke hospital di bandar Aguadilla yang berdekatan, kata satu kenyataan polis.
Mangsa yang paling tua disenaraikan dalam keadaan serius, katanya.
Tiada butiran lanjut dikeluarkan. – AP


