Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 kanak-kanak maut bangunan runtuh

    KAHERAH, 6 DIS – Sebuah bangunan pangsapuri roboh di selatan wilayah Mesir hari ini, membunuh sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak, lapor media negara.

    Pasukan menyelamat mengeluarkan sekurang-kurangnya sembilan mangsa yang cedera daripada runtuhan bangunan dua tingkat di daerah Ihnasiya di wilayah Beni Suef, kira-kira 111 kilometer dari selatan kaherah, menurut akhbar Al-Ahram.

    Dua adik-beradik lelaki, berusia 8 dan 12 tahun bersama adik perempuan yang berusia 11 tahun terbunuh, lapor Al-Ahram. Tiga kanak-kanak antara yang mengalami kecederaan, menurut laporan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda