Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 kanak-kanak maut dalam runtuhan tanah di Vietnam

    HANOI, 13 MEI – Tiga kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Hanoi, kata media kerajaan dan seorang penduduk tempatan hari ini, selepas tanah dan batu jatuh dari bukit ke pusat permainan kanak-kanak selepas hujan lebat.

    Ibu kota Vietnam mengalami hujan lebat, kilat dan guruh selama lebih sejam pada petang kelmarin, membanjiri jalan raya dan menjejaskan lalu lintas.

    Hujan menyebabkan tanah runtuh di Bai Trai, di pinggir bandar Hanoi.

    “Kanak-kanak sedang bermain di sana apabila kemalangan berlaku,” beritahu seorang penduduk tempatan kepada AFP.

    “Tanah dari bukit menyebabkan dinding bangunan runtuh, menimbus kanak-kanak antara tiga hingga lima tahun,” kata wanita itu yang enggan namanya disiarkan.

    Media kerajaan berkata tanah-tanih memenuhi kawasan permainan apabila tembok sepanjang 10 meter itu runtuh.

    Anggota menyelamat telah mengeluarkan mayat mereka pada 11:30 malam, lapor media kerajaan.

    Para saintis memberikan amaran cuaca ekstrem menjadi semakin teruk disebabkan pemanasan global. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda