Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    3 kanak-kanak terkorban dalam kejadian tanah runtuh

    BOGOTA, 15 JULAI – Tiga orang kanak-kanak terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus sebuah sekolah di kawasan perkampungan di perbandaran Andes di barat laut Colombia, kata pihak berkuasa, kelmarin.

    Kejadian tanah runtuh itu telah menimpa sekumpulan kanak-kanak tadika dan darjah satu yang sedang berehat bersama seorang guru dan ibu kepada salah seorang pelajar.

    “Kami ingin memaklumkan berita yang sangat menyedihkan: tiga kanak-kanak terkorban dalam kejadian tersebut,” kata datuk bandar Andes, Carlos Osorio kepada pihak media, tanpa memberikan maklumat lanjut tentang umur magsa. Laporan awal mengatakan lapan kanak-kanak terperangkap dalam runtuhan itu.

    “Mujurlah, sebanyak 17 pelajar dalam keadaan selamat, termasuk guru dan ibu pelajar,” kata Osorio, sambil menambah dua daripada kanak-kanak itu telah pun dalam keadaan stabil di sebuah hospital berdekatan.

    Puluhan penduduk kampung membantu anggota penyelamat dari pasukan tentera dalam usaha untuk menyelamatkan kumpulan kanak-kanak itu. Dalam perkongsian rakaman video pada sosial media menunjukkan puluhan orang dengan penyodok berusaha untuk memindahkan serpihan dan timbunan pokok yang tumbang. Selain itu, dua mesin penggali juga digunakan dalam operasi menyelamat tersebut. – AFP

    Penduduk tempatan dan anggota penyelamat semasa berada di tempat kejadian tanah runtuh tersebut. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...