Tuesday, April 1, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 kena kompaun buang sampah merata di kawasan Pantai Jerudong

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Tiga individu warga tempatan telah dikeluarkan kompaun oleh Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30) di kawasan Pantai Jerudong, baru-baru ini.

    Individu pertama dikenakan denda sebanyak $300, manakala individu kedua dan ketiga masing-masing dikenakan denda sebanyak $100.

     Individu-individu berkenaan diarahkan untuk menjelaskan denda kompaun dalam masa tujuh hari. Jika gagal melunaskan denda, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30) iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $9,000 bagi individu atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    JDBM juga memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui aplikasi whatsapp 8321581.

    Atas & Bawah: Individu yang didapati membuang sampah di kawasan Pantai Jerudong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JDBM
    GAMBAR SERAHAN JDBM
    GAMBAR SERAHAN JDBM
    GAMBAR SERAHAN JDBM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda