Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 lelaki hilang selepas bot karam

    SYDNEY, 12 Jun –Tiga orang lelaki dari Australia, Fiji dan Papua New Guinea (PNG) dilaporkan hilang selepas bot mereka terbalik di luar PNG, para pegawai berkata hari ini, tatkala lelaki keempat diselamatkan di sebuah pantai terpencil selepas mencoret “tolong” di pasir.

    `Kumpulan itu meninggalkan Pelabuhan Moresby pada Sabtu lepas sebelum bot mereka karam di lautan bergelora, pihak berkuasa Australia berkata.

    Pihak berkuasa PNG melancarkan satu usaha pencarian bagi lelaki-lelaki yang masih hilang beberapa 100 kilometer barat ibu negeri Pelabuhan Moresby, dan dibantu oleh Australia, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia memberitahu AFP.

    Lelaki keempat dari PNG berenang ke pantai dan berupaya untuk memberi isyarat kepada sebuah helikopter melintas dengan menulis “tolong” di pasir dan mengibarkan bajunya ke udara, lapor akhbar Daily Telegraph Sydney.

    Lelaki-lelaki itu merupakan kakitangan KPMG di Pelabuhan Moresby dan seorang jurucakap bagi gergasi perakaunan itu berkata syarikat itu berharap mereka akan ditemui.

    “Kami berhubung rabat dengan keluarga-keluarga mangsa dan harapan dan doa kami adalah bagi penyelamatan berjaya. Kami juga berhubung rapat dengan (Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Australia) dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

    Jabatan itu memberitahu AFP mereka menyediakan keluarga lelaki-lelaki yang hilang itu dengan sokongan konsul, namun tidak memberikan butiran-butiran lanjut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda