Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 lelaki rebah secara tiba-tiba akibat rokok tercemar

    BERLIN, 19 JUN – Tiga lelaki rebah secara tiba-tiba selepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui kelmarin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual sama dengan seorang lagi mangsa yang jatuh sakit hujung minggu lalu.

    Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 52 tahun di bandar Duisburg tidak sedarkan diri selepas menghisap rokok tercemar itu pada malam Sabtu lalu.

    Menurut polis, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

    Dua insiden serupa dilaporkan kelmarin melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang lagi berusia 45 tahun.

    Susulan kejadian itu, seorang suspek telah ditahan kerana disyaki melanggar Akta Bahan Psikoaktif Baharu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda