BARCELONA, 9 NOV – Tiga maut manakala 15 lagi cedera selepas ombak besar menarik mereka ke laut Atlantik dalam kejadian limpahan air pasang di Kepulauan Canary, Sepanyol, menurut pihak berkuasa hari ini.
Perkhidmatan kecemasan memaklumkan, kejadian berlaku di empat lokasi berasingan di pesisir pantai pulau Tenerife, kelmarin.
Seorang lelaki dan seorang wanita dilaporkan maut selepas dihanyutkan ombak kuat di kawasan perbandaran La Guancha, Puerto de la Cruz dan Santa Cruz de Tenerife, manakala beberapa yang lain cedera. Mangsa ketiga, seorang lelaki, ditemui mati terapung berhampiran pantai di Granadilla.
Pihak berkuasa sebelum ini telah mengeluarkan amaran mengenai limpahan air pasang serta angin kencang, menasihatkan orang ramai supaya tidak berjalan di laluan pesisir pantai dan mengelakkan aktiviti berisiko seperti merakam video atau gambar di kawasan laut bergelora. – AP

