Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 maut, 15 cedera pengeboman di masjid

    JALALABAD, 12 NOV – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 15 cedera hari ini dalam letupan di sebuah masjid di wilayah Nangarhar, Afghanistan yang bergolak, pegawai hospital memberitahu AFP.

    Letupan itu berlaku di daerah Spin Ghar di wilayah timur, sarang aktiviti kumpulan Daesh sejak Taliban merampas kuasa di negara itu pada Ogos.

    “Saya boleh mengesahkan letupan semasa solat Jumaat di dalam sebuah masjid di daerah Spin Ghar. Terdapat korban dan kematian,” kata seorang pegawai Taliban kepada AFP.

    “Setakat ini tiga terbunuh, 15 cedera,” kata seorang doktor di hospital tempatan kepada AFP.

    Kumpulan Daesh cawangan Afghanistan, yang pertama kali muncul di Nangarhar pada 2015, telah mengaku bertanggungjawab atas beberapa siri serangan berdarah di Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa. – AFP

    Salah seorang mangsa cedera akibat pengeboman masjid dirawat di hospital. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda