Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    3 maut, 39 kediaman musnah akibat letupan

    EVANSVILLE, INDIANA, 11 OGOS – Tiga orang terkorban kelmarin apabila sebuah rumah meletup di bandar Evansville, selatan Indiana, kata pihak berkuasa.

    David Anson, ketua timbalan koroner bagi Daerah Vanderburgh, memberitahu The Associated Press, identiti mangsa korban tidak akan didedahkan sehingga waris terdekat dimaklumkan.

    Jurucakap Jabatan Polis Evansville, Sarjan Anna Gray berkata seorang turut dilaporkan cedera dan mangsa dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan.

    Ketua Balai Bomba Evansville, Mike Connelly berkata, sebanyak 39 buah rumah rosak akibat letupan itu kira-kira jam 1 tengah hari. Beliau berkata jabatan itu belum mengesahkan berapa banyak rumah yang dihuni ketika letupan berlaku kerana ‘sesetengahnya terlalu tidak stabil untuk dimasuki’.

    Kira-kira 11 daripada 39 rumah yang rosak ‘tidak boleh didiami’, kata Connelly kepada Evansville Courier & Press.

    Punca letupan belum dapat dipastikan, namun Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan masih menjalankan siasatan. – AP

    Kakitangan Jabatan Bomba Evansville memeriksa tempat kejadian selepas sebuah rumah meletup pada 10 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...