RABAT, 30 April – Tiga orang terbunuh dan empat yang lain cedera kelmarin dalam satu kebakaran yang disebabkan oleh pengecas telefon bimbit di bandar tengah Maghribi Azilal.
Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran berlaku disebabkan oleh pengecas telefon bimbit yang tidak sesuai dipasang di apartmen, kata pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.
Mereka yang cedera dibawa ke hospital Azilal untuk dirawat dan mereka yang dalam keadaan kritikal telah dipindahkan ke Hospital Universiti Marrakech dengan helikopter.
Siasatan lanjut berhubung insiden itu telah dibuka di bawah pengawasan pihak pendakwaan awam. – Xinhua