NANCHANG, 8 APRIL – Tiga orang maut dan tujuh lagi cedera akibat dirempuh sebuah bas di wilayah Jiangxi, China, kelmarin, menurut pihak berkuasa tempatan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 11:42 pagi di bandar Nanchang. Menurut biro pentadbiran trafik biro keselamatan awam bandar itu, siasatan awal menunjukkan seorang pemandu bas tiba-tiba tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan merempuh beberapa pejalan kaki.
Mereka yang mengalami kecederaan akibat kemalangan ini telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Pemandu bas itu telah ditahan polis dan siasatan lanjut mengenai punca kemalangan sedang dijalankan. – Xinhua


