Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 maut akibat kebakaran rumah di Queens

    NEW YORK, 21 APRIL – Tiga orang maut manakala seorang lagi cedera parah awal pagi kelmarin, apabila satu kebakaran terjadi ke atas sebuah rumah yang tidak mempunyai pengesan asap yang berfungsi serta laluan keluar yang terhalang, menurut pegawai bomba di Queens.

    Ketua Jabatan Bomba New York, John Esposito berkata dalam satu sidang media, dinding sementara telah didirikan di dalam rumah di Jamaica Estates itu, termasuk di tengah dapur.

    Pegawai juga telah memaklumkan, wayar sambungan elektrik ditemui di seluruh rumah dua tingkat tersebut.

    Menurut Electrical Safety Foundation International, kebakaran boleh terjadi jika wayar sambungan digunakan secara melampau sehingga panas, terutamanya jika digunakan dengan cara yang tidak betul.

    Jabatan bomba masih lagi menyiasat punca kebakaran rumah tersebut.

    Pasukan bomba tiba dalam masa kurang daripada empat minit, tetapi kebakaran pada awal pagi itu merebak dengan pantas ke tingkat atas rumah. – AP

    Gambar ini menunjukkan kerosakan selepas kebakaran rumah yang mengorbankan beberapa nyawa di daerah Queens, New York, pada 20 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda