Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 maut banjir di Jakarta

    JAKARTA, 6 OKT – Kira-kira tiga orang terkorban di Indonesia hari ini selepas banjir di ibu negara, Jakarta menenggelamkan sekolah dan mengakibatkan dindingnya runtuh, kata pegawai polis memberitahu media tempatan.

    Metropolitan Jakarta Raya menempatkan sekitar 30 juta orang dan sering dilanda banjir pada musim hujan.

    “Menurut maklumat yang kami terima, tiga orang mati,” kata Multazam Lisendra, ketua polis daerah Cilandak di selatan Jakarta kepada Kompas TV.

    “Puncanya bagaimanapun perlu disiasat lanjut, namun jangkaan awal adalah tekanan tinggi daripada limpahan sungai yang mencecah, kemudian meruntuhkan dinding sekolah.

    “Air membanjiri sekolah itu,” katanya. – AFP

    Seorang wanita meredah jalan dibanjiri air akibat hujan lebat di Jakarta, 6 Okt. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda