STOCKHOLM, 28 SEPT – Tiga individu telah terkorban semalam dalam kejadian berasingan di Sweden ketika keganasan yang membawa maut yang dikaitkan dengan pertelingkahan antara kumpulan jenayah yang semakin meningkat.
Pada lewat kelmarin, seorang lelaki berusia 18 tahun ditembak mati di pinggir bandar Stockholm.
Beberapa jam kemudian, seorang lelaki terbunuh dan seorang lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di Jordbro, selatan ibu negara Sweden.
Pada awal pagi tadi, seorang wanita berusia 20an maut dalam satu letupan di Uppsala, di barat Stockholm.
Letupan itu masih dalam siasatan oleh pihak polis sebagai kes pembunuhan. – AP
