TOKYO, 14 MEI – Tiga individu disahkan maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di sebuah lebuh raya dekat Tokyo pada awal pagi hari ini, menurut media tempatan, lapor Xinhua.
Jabatan Polis Metropolitan Tokyo berkata perlanggaran membabitkan empat trak dan tiga kereta itu berlaku kira-kira 7:30 pagi waktu tempatan di lorong arah selatan Ikebukuro Route 5 di Shuto Expressway, wilayah Saitama sebelum Bijogi Junction.
Beberapa mangsa dilaporkan cedera dan dibawa ke hospital berhampiran selepas beberapa kenderaan terbakar manakala bomba dikerah memadam kebakaran berkenaan. – Bernama


