Wednesday, July 3, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    3 maut nahas pesawat ringan di Perancis

    PARIS, 1 JULAI –  Tiga orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran bandar Collegien, Perancis kelmarin.

    Pesawat malang itu dipercayai melanggar talian voltan tinggi sebelum terhempas di Lebuhraya A4 sekitar jam 3:45 petang waktu tempatan, lapor Xinhua memetik saluran berita BFMTV.

    Laluan trafik di sekitar lokasi kejadian yang menghubungkan Paris dan Strasbourg telah ditutup buat sementara waktu.

    Menurut media tempatan, Pengangkutan Udara Gendarmerie bersama-sama Biro Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis akan menyiasat insiden terbabit.- Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kanak-kanak hilang disyaki diserang buaya di Australia

    SYDNEY, 3 JULAI - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang hilang di kawasan terpencil di utara Australia mungkin ‘diserang buaya’, kata polis pada hari...