Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 maut tanah runtuh di kawasan pergunungan utara Vietnam

    HANOI, 22 MEI – Tiga orang dalam sebuah keluarga ditemui mati dalam runtuhan tanah runtuh, hari ini, di wilayah pergunungan utara Vietnam, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

    Tanah runtuh itu berlaku pada malam kelmarin dan awal pagi tadi di sebuah rumah tempatan di komune Hiep Luc, wilayah Bac Kan.

    Menurut pihak berkuasa tempatan, terdapat lapan orang di dalam rumah ketika bencana alam itu berlaku.

    Lima orang berjaya melarikan diri manakala tiga lagi, seorang kanak-kanak dan ibu bapanya, terperangkap di dalam.

    Hujan tiga hari berturut-turut dilaporkan di kawasan itu sebelum tanah runtuh, lapor VNA. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda